CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 7, 2008

Cat Terjun ke Bidang Teater

Catt, Mazin raih kepercayaan

Oleh Faizal Saharuni



DUA nama ini, Catriona Ross dan Mazin Siraj boleh diibarat pelakon baru di dalam dunia seni tempatan. Masih mengasah bakat yang ada untuk menempat nama di lantai lakon seiring anak seni terkemuka lain.

Tuah nampaknya terus datang menyebelahi. Penglibatan mereka dalam dunia lakon nyata tidak sia-sia, malah turut membuka mata pihak lain apabila diberi peluang menggalas watak dalam sebuah teater bakal menemui audiens tidak lama lagi.

Bukannya sembarangan atau calang-calang teater, tetapi teater yang mampu meniup zarah dan semangat membara patriotisme. Umum mengetahui, lantai teater tempatan sering mempersembah ceritera nasionalisme sebagai bahan penceritaan utama.

Lalu apabila pengarah dan penulis skrip, Rosminah Mohd. Tahir ingin kembali dengan buah tangan terbaru, Teater Muzikal Ibu Zain, pasti ramai yang teruja.

Masakan tidak, sudah pasti peminat tidak mahu ketinggalan terpercik aura teater muzikal berkonsep patriotik yang bakal dicerna penuh bervariasi, sarat melodi dan rentak tari.

Teater ini menggalas tanggungjawab besar, sebesar hasrat nurani untuk membangkitkan apresiasi buat Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Ibu Zain.

Namun, apabila beberapa nama baru bak Catriona dan Mazin dipilih untuk menjana karakter yang tidak kurang hebatnya, maka timbul persoalan, layakkah pelakon mentah ini menjadi aset melatari pementasan bermakna ini.



Si cantik manis, Catriona Bahrin Ross atau lebih mesra disapa Catt tidak gentar saat diminta membela diri. Akui Catt, sejak terjun ke persada lakonan beberapa tahun lalu, impian untuk berlakon teater tidak pernah terpadam di fikirannya.

"Sebelum mengalami kemalangan setahun lepas, saya pernah menerima dua tawaran berlakon teater termasuk daripada Datuk Rahim Razali.

"Saya memang nak terlibat dengan teater. Alhamdulillah, nasib saya baik dan diterima memegang watak Miss Ruth.

"Miss Ruth merupakan seorang pengetua berbangsa Britain yang menghalang kemasukan dan penyebaran dakyah agama Kristian.

"Saya perlu muncul dengan loghat bahasa Inggeris, tetapi tetap punya cinta mendalam terhadap agama Islam serta menyelamatkan anak-anak muda daripada dipengaruhi ajaran Kristian.

"Baik atau buruk bawa watak ini, saya terima seadanya. Bagi saya, kalau saya tidak bermula sekarang, entah bila lagi saya dapat berlakon teater apatah lagi dapat mempelajari akar umbi sendiri.

"Jadi saya akan berikan sepenuh komitmen dan tunjukkan impak terbaik," jelasnya yang memperlihat keterujaan dapat berlakon dalam teater sulungnya, Ibu Zain.

Dari bait kata yang terlahir daripada bibirnya, gadis muda ini memberitahu sama ada berjaya atau tidak, hanya penonton sahaja yang akan memberi jawapan setelah menyaksikan aksinya di lantai teater kelak.

Kali pertama mendalami ilmu teater, komitmen Catt terhadap muzikal ini wajar dipuji. Demi memenuhi tuntutan latihan dan penghayatan watak secara intensif, Catt rela belajar banyak perkara walau bermula daripada bawah.

"Berlakon drama dan teater umpama dua perkara berlainan. Teater memerlukan latihan emosi dan penjiwaan yang penuh berbanding berlakon drama yang direkod.

"Dengan melibatkan diri dalam teater, saya kena buat sehabis baik. Andai ada kesalahan pergerakan atau skrip, saya kena bijak menutup segala kelemahan yang dibuat bagi mengelakkan penonton tersedar.

"Teater memerlukan komitmen seratus-peratus. Itulah kelainan berlakon teater dan drama," jawab Catt lebih lanjut.

Bukan sahaja ujian pertama buat Catt di lantai pementasan, sebaliknya teater ini juga menguji kematangan lakonan untuk menyesuaikan dirinya di sisi pelakon wanita lain seperti Avaa Vanja, Nurfatimah dan ramai lagi.

Mendefinisi teater sebagai bidang seni menuntut kawalan emosi yang cukup kuat, Catt menambah: "Keyakinan diri adalah perkara terpenting dalam menjayakan persembahan teater. Segala-galanya perlu dikawal, begitu juga dengan lontaran vokal, itulah yang paling mustahak. Sebutan kena dijaga termasuk bahasa tubuh dan pergerakan."

Dari segi kelayakan untuk menjadi seorang pelakon dan komitmen yang dicurah, kualiti memang ada pada diri Catt.

Cuma apa yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula dengan kemampuan Catt untuk menawan khalayak teater yang lebih selesa dengan nama-nama besar untuk beraksi di pentas gah Panggung Sari, Istana Budaya.Mendapatkan kepastian, tuan empunya badan ada pendapat tersendiri.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya akan berikan hasil terbaik buat khalayak. Saya anggap teater jadi platform untuk baiki mutu lakonan saya.

"Mana tahu lepas ini saya akan banyak berlakon dalam teater. Kalau dapat tawaran lain setelah berlakon Ibu Zain, saya tak akan fikir panjang untuk terima," ujar Catt pantas tersenyum manis.



Bagi pelakon kacak, Mazin Ameen Siraj yang memegang peranan Amin mengakui sukar melakukan kajian atau penyelidikan tentang karakter yang dibawa.

"Saya cuba cari di internet, namun tidak menjumpai apa-apa maklumat tentang Amin. Saya hanya menjumpai informasi tentang Ibu Zain.

"Saya boleh katakan skrip Ibu Zain sebenarnya banyak membantu untuk meluah watak Amin dengan baik walaupun adegan saya tidaklah terlalu banyak.

"Nama Amin bagaimanapun tetap disebut-sebut menerusi pengucapan pelakon lain dalam dialog mereka," ungkap Mazin yang telah melibatkan diri dalam lapan buah teater termasuk Ibu Zain.

Mazin menyambung bicara, pengalaman mula melibatkan diri dengan latihan teater ini bermula awal Julai lalu benar-benar membahagiakan Mazin dan barisan pelakon lain.

"Barangkali suasana bekerja di Istana Budaya, grup pelakon berskala besar dan meriah membuatkan kita macam berada dalam satu parti.

"Kami selalu minta tunjuk ajar antara satu sama lain bagi memperhalusi lakonan masing-masing supaya lebih cemerlang. Itulah yang membuatkan kami sentiasa gembira dengan produksi ini.

"Bekerjasama dengan dua individu - Siti Rohayah Attan dan Rosminah Mohd. Tahir selaku orang kuat Teater Muzikal Ibu Zain juga menjadikan semua pelakon dan krew yang terlibat berada dalam situasi santai tanpa menghadapi sebarang tekanan.

"Kami memerlukan persekitaran tenang kala melibatkan diri di dalam teater. Dengan sikap keterbukaan pengarah dan penerbit Ibu Zain, kami dapat bekerja dengan situasi terkawal.

"Walaupun sentiasa amalkan sikap bertolak ansur pada semua pelakon, tapi kami tak ambil kesempatan dengan kebaikan mereka.

"Sebaliknya kami begitu menghormati mereka dan terus menonjolkan lakonan mantap bagi memuaskan hati semua pihak," kata Mazin jujur.



Sebagai maklumat tambahan, Teater Muzikal Ibu Zain juga dibarisi pelakon lain seperti Liza Othman, Datuk Rahim Razali, Abby Nadzri, Sahronizam Noor dan Hisham Ahmad Tajuddin.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Teater Muzikal Ibu Zain pada 12 hingga 18 Ogos ini berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 sudah mula dijual.

Peminat boleh membeli tiket berkenaan di Box Office Istana Budaya atau pembelian menerusi internet laman web, www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4149 8600 untuk maklumat lanjut.

Sumber : Kosmo Online

Tuesday, July 29, 2008

Interviewed by Melodi (Teater Ibu Zain)

video

Jangan lupakan saksikan pementasan teater Ibu Zain pada 12-18 Ogos 2008, pukul 8:30pm di Istana Budaya sempena bulan kemerdekaan. Cat amat berbesar hati bila mendapat pelawaan untuk sama-sama menjayakan pementasan teater ini, kerana bukan mudah sebenarnya untuk menyertai mereka yang dah lama terlibat dengan pementasan teater ni...lagi pula, secara peribadinya...inilah first time Cat berkesempatan join teater!!!! :)

Thursday, April 10, 2008

Jom Gathering LAST ROUND!!


Hello warga kota, for THE LAST ROUND, Cat n Bro Razzi akan berada di MPH MID VALLEY, sabtu 12april, 3:00 hingga 4:00 petang.

JOM semua, kita beramah mesra, berkenalan dengan satu sama lain. Last dah ni :) …lepas ni tak ada dah. Cat n Bro tidak akan berada dimana-mana lagi selepas ini kerana akan sibuk dengan persediaan workshop yang tertangguh.

So, JOM!

Pada : Sabtu 12apr

Pukul : 3 to 4 pm - 1jam sahaja. ;)

Tempat : MPH Mid Valley

Monday, March 31, 2008

Jom Gathering dengan Cat & Bro Razzi!!


Salam hormat semua,

Cat dan Bro ada berita yang cukup menarik untuk dikongsi bersama anda. Yup! Jom gathering bersama kami, berkumpul beramai-ramai, berkenalan dengan kami, secara lebih mesra dan rapat lagi!

Tentu saja anda free untuk datang berjumpa kami betul tak? JOM!
Berkumpul secara SANTAI, berkenalan dengan Cat dan Bro Razzi di
hujung minggu dalam program :-

====================
Gathering - Authors Talk :
====================

1 jam santai bersama Cat & Bro Razzi untuk sesi berkenalan, autograf, bergambar dan berbual mesra dan relek-relek. Anda juga boleh bertanya apa sahaja soalan kepada kami berdua, So, JOM RAMAI-RAMAI JUMPA KAMI DI :-

*5 April Sabtu : 3-4 petang - MPH Bookstore di Alpha Angle

*6 April Ahad : 3-4 petang - MPH Bookstore di Alamanda

ISTIMEWA! : 5 Hadiah percuma untuk yang bertuah!!

SO, JUMPA ANDA DI SANA OK. Tak sabar rasanya untuk relek-relek
bersama anda semua…Kalau ada yang nak belanja kami minum ke makan ke, cantik arr hehehe…gurau je :)

Salam Hormat,

Catriona Ross & Razzi Rahman
http://www.kuncicinta.com

Monday, March 24, 2008

Happening langkawi trip!



“Bestnya bro tengok Cat menikmati keindahan Pulau Lagenda dari Gunung Machingcang…romantica de amor wo!”





The Story :

Day 1 :-

Semua mengantuk :D dan blur, perjalanan 7 jam dari KL ke Kuala Perlis betul-betul membuatkan kami amat keletihan. Tambahan pula, kami tidak dapat tidur semalaman kerana ada seseorang yang bergayut di talian sepanjang malam. Siapa lah agaknya ya?!

Semua nak terpengsan sebenarnya, tetapi begitu teruja apabila kaki memijak ke pulau lagenda. Kami memulakan explorasi dengan meninjau Kuah, bandar Langkawi. Kemudian ke Kota Mahsuri, meneliti sejarah, menelan pahit hempedu, merasa perit seolah terpalit sengsara Mahsuri.

Selepas itu, kami makan tengahari di restoran lauk kampung yang berdekatan sebelum checkin ke Langura Resort dan semua tidur sampai petang! Sebelah malamnya, kami dinner at the beach front! Romantik! Apa aktiviti malam?…karaoke lah apa lagi.

Day 2 :-

Walaupun penat karaoke semalam tetapi pagi ini semua orang bangun awal kerana aktiviti penuh untuk seharian. Selepas breakfast, kami ikut trip Mangrove River Cruise. Semua sibuk posing atas bot sewaktu menghala ke gua kelawar, bukan mudah melihat stalagmite dan stalaglite, peninggalan ribuan tahun. Selepas itu ke fish farm, melihat spesis ikan, belangkas dan siput yang berbagai. Sesudah itu, semua bergambar dengan helang yang berterbangan, simbol pulau Mahsuri.

Dah penat menjadi duyung di bot, kami ke Telaga Air Hangat, merendam kaki dengan air mineral, Cat and Bro pulak, ambil kesempatan berurut kat situ. Rm15 untuk 15 minit. Not bad. Lepas tu lunch, pekena ikan bakaq. Dah kenyang semua…seterusnya ke Cable Car!!…so exciting! Sempatlah kami naik ke suspension bridge yang berada dipuncak gunung Matchingcang tempat Shah Rukh Khan berlakon dalam movie DON!

Ramai yang takut rupa-rupanya…tapi Cat pujuk semua. Menikmati pemandangan dari atas sana. Bukan calang-calang peluang. Bila dah penat di atas, kami turun menikmati cendol Langkawi. Sebelum tu sempat juga kami bergambar dengan ular dan burung Helang. Bertolak dari situ, kami sempat juga menjenguk Sutera Harbour, memang sangat indah pemandangan di sini.

Received a call from Nissya, all our books and calendar are sold to all the bookstore in Langkawi. We were so pleased! Malamnya, apa lagi…enjoy dengan BBQ laa…It was fantastic! Apatah lagi apabila dibuat di tepi pantai. So exciting!

Day 3 :-

Cat and Bro gopoh-gopoh pergi interview di RTM today. Another exciting day. Lepas tu kami pulang ke resort, packing barang-barang dan semua ke pekan Kuah, shopping! After that tibalah masanya kami ke jetty. Masa untuk berpisah…

“We will return…”

By: Catriona Ross.

Wednesday, February 13, 2008

“Kamus Cinta” …ALHAMDULILLAH! Kamus Cinta


*PENTING!

Buku Kamus Cinta kini sudah berada di hampir semua kedai-kedai buku seperti:-

Borders, Kinokonuya, Popular dan semua MPH bookstore di seluruh Malaysia, juga kedai-kedai buku biasa…Alhamdulillah!!

*5 PERBEZAAN BUKU INI DENGAN BUKU-BUKU MOTIVASI CINTA YANG LAIN IALAH :-

1. TIDAK SEPERTI PENULIS BUKU LAIN, Razzi Rahman menulis Kamus Cinta adalah berpandu dari kegagalan-kegagalan silam dari pengalaman Bro sendiri. Ramai penulis berbangga dengan kejayaan mereka, tetapi bro mensyukuri kegagalannya. Dari artikel-artikel, dari newsletter yang anda terima juga, bro menceritakan berbagai-bagai kisah kegagalan Bro sendiri. INI ADALAH KERANA…dari kegagalan2 cinta Bro itu…lebih banyak yang kita boleh belajar agar dapat kita elak dari gagal lagi lantas, menemui kejayaan!

2. Jika seorang motivator, Profesor atau Doktor bercakap tentang cinta, tidakkah anda merasa begitu jauh untuk mencapai taraf seperti mereka???…SEBAB itulah Bro menonjolkan diri sebagai seorang penulis yang biasa sahaja. Yang juga seperti anda. Kerana sememangnya, kita semua hanya insan biasa yang mudah melakukan kesilapan. Begitu juga penulisan Bro, ianya cukup mudah difahami, dan membayangkan seseorang yang dari masyarakat kebanyakan. Cukup santai untuk anda merasakan berada dekat dengan Bro, dan terasa seperti anda juga pernah mengalaminya, kan?! :)

3. Bro juga tidak mendabik dada, mengatakan Kamus Cinta ini menjanjikan sebuah kejayaan jitu. Itu kerja TUHAN! Yang Bro mahu berkongsi di sini ialah, kita jangan sesekali berputus asa dalam mencari sebuah kebahagiaan. Sebagai seorang insan biasa, adakala kita bahagia, ada masanya kita berduka dan kita tidak akan terlepas dari kekecewaan. Maka Kamus Cinta inilah yang boleh bersama-sama menjadi panduan kepada anda dan kepada Bro juga! In fact, sekarang ni pun, Bro masih refer Kamus Cinta lagi…baca lagi untuk lebih memahami. Berjaya atau tidak…USAHA TANGGA KEJAYAAN dengan izin Allah, jom kita sama-sama berusaha, InsyaALLAH!

4. TIDAK SEPERTI BUKU LAIN…buku Kamus Cinta ini ditulis oleh 2 orang penulis. Bro Razzi Rahman & Sis Catriona Ross. Dimana cinta juga memerlukan semangat di dalam memperjuangkannya. Jadi, penulisan dari Catriona di buku dan blog cukup memberi semangat dan kefahaman dalam mengenal sesama insan.

5. Buku ini juga adalah kompilasi 4 ebuku, yang bernilai RM126.00 yang kini anda hanya mendapatkannya dengan harga RM34.90 sahaja!!!

Anda juga boleh membeli di KBMALL atau secara ONLINE

KLIK DI SINI >> KAMUS CINTA

Wednesday, February 6, 2008

Anugerah



Pernahkah kita mempersoalkan asal usul kita, mana datangnya kita dan apa tujuan kita lahir ke dunia? Kata orang tua-tua, haram bagi kita menyelidik dari mana datangnya kita serta mempersoalkan kejadian makhluk. Ahli sains dan cerdik pandai, menyogok kita dengan fakta perihal proses evolusi serta bagaimana janin boleh terbentuk.

Jadi seawal usia 12 tahun, saya mengambil jalan singkat, supaya tidak terkandas antara dosa dan hukum haram. Saya menyedari benak fikiran yang masih cetek mula mempersoalkan apa tujuan manusia lahir ke dunia. Pasti tak berdosa saya kira, kerana mengikut kata ustazah di sekolah, setiap insan yang lahir, bergelar khalifah. “Setiap khalifah, tak kiralah apa asal usul, punya tugas, punya tanggungjawab,” kata Ustazah Maryam. Tapi apa tugasannya? Lama sungguh saya menyelam, berfikir, buntu tentang fakta itu. Tapi, 15 tahun kemudian, saya ketemu jawapannya.

Khalifah bukan bererti kelahiran kita harus istimewa dari keturunan wali-wali agung atau beribu bapakan golongan alim ulama atau berdarahkan bangsawan keturunan sultan. Khalifah itu adalah kita, makhluk ciptaan Allah S.W.T yang punya tanggungjawab menyebarkan kebaikan di dunia. Tidak bermakna daawah kita hanya dari firman Allah semata atau sabda Rasul S.A.W kerana daawah boleh datang dari bibir manusia kerdil asal kita tahu hala tuju dan berasaskan ad-Din kita yang suci.

10 hari lepas, dah termaktub dalam perjanjian Tuhan, saya kembali ke situasi asal. Allah Maha Penyayang, Dia dengar tangisan hiba saya, Dia melihat air mata saya, Dia merasa semangat saya, Dia mengetahui kehendak saya. Pendek kata Dia tahu segala. Masih saya ingat bagaimana lena saya di hospital bertemankan air mata, mengharapkan sempurna kesudahannya. Masih saya dengar suara serak saya meminta ampun dari ibu hampir tiap malam, seandainya saya pergi dulu, sekurangnya terhapus dosa saya. Terngiang di kuping telinga, bagaimana saya berzikir, bertafakur, bertasbih sendiri, kerana saat seksa sebegitu, Kalamullah atasi semuanya.

Saya insan yang paling bersyukur saat ini barangkali. Segala doa saya mohon waktu bertadah tangan, Allah terima. Segala impian yang saya simpan sikit pun tak lunyai, Allah beri. Tiada kata yang dapat menggambarkan pengakhiran perjalanan saya, hanya secebis niat yang tersimpan dalam hati, hanya ingin mereka yang diluar sedar pada kebesaran Dia. Biar pun saya bukan keturunan wali agung, walau darah saya bukan warisan bangsawan tapi saya hamba yang pernah melalui keperitan itu dan kerana percayakan kuasa Tuhan serta berpegang pada semangat serta kemahuan yang Dia campakkan pada saya, syukur, Dia anugerahkan saya sesuatu yang tak mungkin dapat saya beli dengan wang ringgit.

Hampir 10 purnama saya lena hanya bermimpikan keadaan sesempurna dulu, selama hampir setahun saya tolak cemuhan orang yang mengatakan mungkin saya cacat dan selama itu saya berbisik dengan diri sebelum tidur, “The day will come..” , akhirnya waktu itu tiba. Allah rencanakan hidup saya dan tiap kali kaki saya melangkah, saya rasa kerdil, saya sedar Dialah yang punya kuasa, memberhentikan perjalanan sekelip mata dan Dia juga yang menganugerahkan kesempurnaan sewaktu tiba masa. Pokoknya, saya merasa begitu tersanjung, terpilih sebagai antara insan yang boleh hidup berbekalkan semangat kerana andai bukan semangat yang terselit, bagaimana mungkin saya lalui perjalanan getir itu. Walau kasih sayang melimpah ruah dari kaum keluarga, biarpun kunjungan rakan taulan tak putus tapi tak saya percaya, prosesnya tak mudah jika tiada azimat kental yang tersemat dalam dada dan azimat saya hanyalah “Believe it,He will make it better”.

Titisan air mata saya berakhir tatkala saya menyimpan tongkat ke almari. Berakhir sudah episod itu. Saya mula bertatih, tak ubah seperti anak kecil setahun jagung. Ada waktu saya cuba mengimbangi badan, menggapai ke udara, ada masa saya berjalan menghampiri dinding supaya hilang rasa khuatir, seolah ada tempat bersandar. Lenguh kaki saya, sakit sendi saya berakhir beberapa hari yang lepas. Biarpun saya belum boleh berlari, walau perjalanan saya belum sepantas peragawati di pentas peragaan tapi inilah impian saya. Supaya berjalan tanpa cacat celanya. Sengaja saya berlatih setiap hari supaya otot kaki bertambah kuat dan ini anugerah Tuhan pada saya, tidak mungkin saya persiakan.

Biar pun ibu masih berkeras mahu saya beristirehat, saya masih aktif ke sana sini kerana segalanya perlukan usaha. Saya sudah menghampiri garisan penamat jadi biarlah sempurna semua dengan izin Nya. Segala tohmahan dan cemuhan, kata-kata kesat manusia jahil, saya tepis. Semua derita sakit sewaktu operasi saya tanggung sendiri jadi apalah lenguh kaki atau kejang otot jika dibandingkan dengan itu semua. Bak kata seorang yang cukup saya hormati, Duri Ku Mamah, Onak Ku Lapah.

Percayalah pada rasa, percayalah pada gerak hati dan percaya pada kuasa Tuhan. Dia BUKAN menyeksa hambaNya. Semua yang terjadi punya Hikmah tersendiri kerana He has better plans for us. Just believe in that.

Catriona Ross.